209 laporan sehingga kini, usaha mengesan pemilik Sabah-Sarawak Merdeka dipergiat - Utusan Malaysia

209 laporan sehingga kini, usaha mengesan pemilik Sabah-Sarawak Merdeka dipergiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April- Sebanyak 209 laporan polis dibuat terhadap pengendali laman sosial Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ berhubung hantarannya yang didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, usaha mengenal pasti dan mengesan pemilik akaun Facebook tersebut sedang dipertingkatkan. 


“Walaupun akaun ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ telah disekat oleh Facebook serta tidak lagi boleh diakses, orang ramai dinasihat untuk tidak menyebar atau berkongsi tangkap layar jelik yang dimuat naik pemilik akaun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana boleh menimbulkan provokasi keterlaluan dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohamad Fuzi mendedahkan pihaknya telah menerima 91 laporan polis di seluruh negara dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini