2 penagih dadah cedera teruk dipukul - Utusan Malaysia

2 penagih dadah cedera teruk dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 9 April – Dua lelaki cedera di muka, kepala, tangan dan kaki dipercayai dipukul kerana tindakannya memandu Perodua MyVi dengan laju sebelum mereka melarikan diri dan menceroboh masuk ke kebun kelapa sawit di Ayer Baloi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, kes berlaku kira-kira pukul 7.30 malam selepas penduduk kampung melihat sebuah Perodua Myvi putih dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika cuba dihampiri pemandu kereta itu bertindak memecut laju namun tiga penumpang turun dan melarikan diri ke arah kebun kelapa sawit berkekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan dua daripadanya berjaya kemudian berjaya ditemukan penduduk kampung sebelum dipukul sementara seorang lagi berjaya melepaskan diri.

“Menurut laporan polis yang dibuat penduduk, jalan kebun berkenaan jarang digunakan oleh orang kampung dan kadang-kadang dijadikan sebagai tempat penyalahgunaan dadah.

“Justeru penduduk mengesyaki pemandu dan penumpang kereta tersebut merupakan penagih dadah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambah, Mustafa berkata, dua lelaki berusia 36 tahun ditahan dan didapati positif dadah.

“Semasa terima tangkapan daripada orang awam, lelaki itu mengalami luka di bahagian kepala lengan kanan, muka, kepala, rusuk kanan serta kaki kiri dan kanan bengkak,” ujarnya.

Katanya, kedua-dua tangkapan itu dirujuk ke Hospital Pontian untuk rawatan susulan.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan kepada pihak polis untuk sebarang tindakana atau tangkapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini