JOHOR BAHRU 16 April – Sebanyak 19 lokasi persimpangan dan susur jalan akan ditutup secara berperingkat-peringkat bagi perlumbaan basikal Tour de Iskandar Johor (TDIJ) 2019 yang akan bermula Jumaat ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, penutupan jalan secara berperingkat-peringkat itu akan bermula pada pukul 2 petang sehingga 6.45 petang. “Perlumbaan TDIJ 2019 melibatkan tiga peringkat akan memasuki daerah ini bermula dari Jalan Kempas Baru…










