JAKARTA 20 April – Sebanyak 19 penerbangan laluan domestik terjejas ekoran insiden kebakaran di Terminal Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali semalam.
Menurut Pengarah Besar PT Angkasa Pura II lapangan terbang berkenaan, Haruman Sulaksono, sesetengah syarikat seperti Garuda Indonesia, Citilink, Sriwijaya Air, Nam Air dan Wings Air antara yang terjejas.
Tambah Sulaksono seperti dipetik CNN sebagai berkata, pihaknya terpaksa menutup operasi Terminal Pelepasan Domestik sementara. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











