16 maut, 14 cedera ditembak ketika rai bayi baharu lahir di Nigeria - Utusan Malaysia

16 maut, 14 cedera ditembak ketika rai bayi baharu lahir di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO, Nigeria 16 April – Seramai 16 orang terbunuh manakala 14 cedera ketika kejadian tembakan pada parti menyambut bayi baharu lahir di Kampung Numa, Akwanga kelmarin.

Mangsa terbunuh termasuk ibu bapa dan bayi tersebut menjadi keganasan terbaharu antara petani dan pengembala di sentral negara itu.

Serangan pada malam Ahad itu berlaku di Nasarawa yang berdepan keganasan berpanjangan antara petani dan pengembala bergerak bersama ternakan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Polis negeri, Komisioner Umar Shehu Nadada berkata, serangan dilakukan ketika orang ramai sedang meraikan pada waktu malam.

“Penembak yang tidak dikenal pasti kemudian membunuh 16 orang dan mencederakan 14 yang lain,” katanya.

Kampung Numa didiami petani dihuni kumpulan etnik Mada yang mana sudah lama bertelagah dengan pengembala Fulani. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini