1,500 penunggang basikal sertai RHB Langkawi 2019 - Utusan Malaysia

1,500 penunggang basikal sertai RHB Langkawi 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Seramai 1,500 penunggang basikal dari dalam dan luar negara mengambil bahagian pada RHB Langkawi Ride 2019, di Dataran/Laman Mar Mar di sini pagi ini.

Acara yang julung kali diadakan itu membabitkan tiga kategori kayuhan iaitu 100 kilometer Eagle Ride, 72 kilometer Heritage Ride dan 25 kilometer Adventure Ride.

Bagi kategori 100 kilometer Eagle Ride yang bermula 7 pagi itu, peserta kayuhan dilepaskan oleh Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syed Saddiq dan Mukhriz kemudian turut menyertai kayuhan bagi kategori 72 kilometer Heritage Ride.

Kayuhan kategori 72 kilometer itu turut dimeriahkan dengan penyertaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini