KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan 15 individu warganegara China termasuk lapan wanita yang sedang asyik berhibur dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu lalu. Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, seramai empat pegawai dan 18 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur telah menyerbu pusat hiburan tersebut berdasarkan risikan dan maklumat awam. Pemangku…










