KUALA LUMPUR 25 April – Seramai 12 peserta bakal berentap dalam pertandingan akhir FameLab Malaysia 2019 yang diadakan di Zebra Square di sini, esok.
Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dalam satu kenyataan memberitahu, pemenang akan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan 30 peserta lain dari seluruh negara dalam pertandingan Akhir FameLab Antarabangsa 2019 di Science Times Cheltenham Festival pada Jun ini.
“Peserta perlu menyampaikan ucapan mengenai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam tempoh tiga minit dengan penuh menarik dan kreatif.
“Program yang bermula pukul 7 malam ini adalah bertujuan mengenalpasti dan melatih mentor saintis muda selain dapat berkongsi idea dengan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE











