12 pasukan bola sepak pantai berentap - Utusan Malaysia

12 pasukan bola sepak pantai berentap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 April – Sebanyak 12 pasukan sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dan Melaka bakal berentap dalam acara bola sepak pantai Ombak Bola Fiesta 2019 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson hari ini.

Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Halim Ishak berkata, kejohanan ini merupakan sebahagian daripada acara mempromosikan Langkawi International Beach Soccer Tournament 2019 (LIBS 2019) yang akan berlangsung di Pulau Langkawi pada 24 sehingga 28 Ogos depan.

“Kejohanan ini akan berlangsung selama dua hari dan menawarkan hadiah berupa piala sumbangan Majlis Perbandaran Port Dickson dan wang tunai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain pertandingan bola sepak pantai, acara ini turut dimeriahkan dengan acara sukaneka, pertunjukan pentas dan pertandingan nyanyian terbuka untuk para pengunjung yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Halim memberitahu, kejohanan tersebut dirasmikan oleh wakil kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, M.Ravi yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan dan juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung.

Tambahnya, selain mempromosikan LIBS 2019, Ombak Bola Fiesta juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak pantai seterusnya dipilih untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Langkah dan inisiatif yang dilakukan MCCF Event Management Sdn. Bhd dalam menganjurkan kejohanan bola sepak pantai mendapat pujian M. Ravi.

“Penganjuran acara ini turut mendapat penghargaan kerana memilih pantai Port Dickson sebagai lokasi penganjuran dan beliau berharap acara ini dapat di adakan sebagai acara tahunan di Negeri Sembilan khususnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini