KABUL 8 April – Seramai 12 anggota keselamatan Afghanistan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan militan Taliban di wilayah Badghis, barat negara ini. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, 10 tentera dan 24 polis turut cedera dalam pertempuran berkenaan. Operasi pembersihan diteruskan di wilayah tersebut dan anggota keselamatan membantu pekerja Palang Merah memindahkan mayat anggota Taliban. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya