SEJAK kebelakangan ini, semakin kerap pula ditugaskan menjadi `bapa pengantin’ bila ada tetamu datang melawat pejabat. Ada sesi small talk, disusuli cuit sana sini sebelum ke sesi serius perbincangan. Tidak ada masalah besar. Sudah tertera sebahagian daripada tugas, apatah lagi pegawai komunikasi korporat menghalimunankan diri. Mujurlah subjek pengucapan awam di zaman kolej suatu waktu dahulu, telah diikuti dengan tekun bercampur seram ekstrem apabila kena berdiri berucap di hadapan pensyarah dan…










