SAO PAULO 4 April – Sekurang-kurangnya 10 perompak bank ditembak mati dalam satu operasi di ibu kota negara ini, hari ini. Polis melancarkan operasi memburu kesemua perompak kerana cuba meletupkan mesin teller automatik (ATM) di dua bank di perbandaran Guararema, 80 kilometer, timur laut Sao Paulo. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh polis, operasi memburu masih diteruskan 15 lagi yang terbabit dalam cubaan rompakan berkenaan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya