10 lawan 11 memang susah - Utusan Malaysia

10 lawan 11 memang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 April – Selangor masih bernasib baik berjaya berkongsi mata bersama Perak selepas mengharungi detik paling sukar dalam tempoh 30 minit terakhir kerana beraksi dengan 10 pemain.

Pengendali Red Giants, B. Sathianathan memuji kemampuan anak-anak buahnya untuk mengikat kedudukan 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam semalam, biarpun kehilangan pemain tengah, Nurridzuan Abu Hassan Saari pada minit ke-59.

“Saya tidak boleh salahkan pemain. Pada babak pertama kami mengawal permainan, kalau main 11 lawan 11 pun sudah susah, apatah lagi beraksi dengan 10 pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan isu kecederaan yang melanda pasukan, kita masih mampu bermain baik pada separuh masa dan mencipta banyak peluang tetapi masuk babak kedua, kita terpaksa bermain dengan 10 orang hampir 35 minit.

“Ini bukan mudah, apatah lagi berdepan pasukan yang cukup berpengalaman. Namun, dalam keadaan begitupun kita masih mampu mencipta beberapa peluang, malah benteng kita berjaya bertahan dengan baik,” kata Sathianathan.

Dalam aksi tersebut, Perak terlebih dulu membuka jaringan menerusi Nor Hakim Hassan pada minit ke-36, namun Selangor tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Sandro da Silva, tiga minit berselang.

Red Giants kini menghuni tangga keempat liga dengan 13 mata manakala Perak berada pada kedudukan ketujuh menerusi sembilan mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini