Yusri letak jawatan - Utusan Malaysia

Yusri letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Yusri Che Lah membuat keputusan melepaskan jawatannya selaku Ketua Jurulatih Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

REAKSI Yusri Che Lah selepas sidang media mengenai peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, di sini, hari ini. – UTUSAN/Aizzul A.Majid

Peletakan jawatan itu dilakukan oleh Yusri selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Yusri berkata, keputusan itu diambil bukan disebabkan desakan daripada mana-mana pihak tetapi atas kemahuannya sendiri.

“Terima kasih kepada KLFA. Pemain bertungkus-lumus namun kemenangan masih belum menyebelahi kami. Keputusan ini diambil bukan disebabkan desakan penyokong tetapi keprihatinan saya kepada majikan.

“Mereka sudah berusaha untuk membaik pulih pasukan jadi saya tidak mahu menambah beban mereka. Tiada desakan daripada majikan juga. Sudah menjadi lumrah dalam bola sepak untuk keluar dan masuk.

“Terima kasih kepada KLFA kerana memberi komitmen 100 peratus dan kepada peminat, barisan kejurulatihan dan pemain serta majikan saya memohon maaf dan Assalamualaikum,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Stadium Kuala Lumpur, hari ini.

Sepanjang mengambil alih pasukan selama 13 minggu, Kuala Lumpur menduduki tangga tercorot tanpa sebarang kutipan mata bagaimanapun lawan yang dihadapi oleh skuad The City Boys dalam lima aksi pertama Liga Super bukan calang-calang pasukan.

Kuala Lumpur tewas 1-3 kepada Pahang dalam aksi pembukaan Liga Super sebelum dibelasah 4-1 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) kemudian tewas 0-1 kepada Terengganu. Mereka tewas 0-2 kepada Melaka United dan semalam kalah 2-3 kepada Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini