Yukha Global sasar peningkatan 50 peratus jualan - Utusan Malaysia

Yukha Global sasar peningkatan 50 peratus jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Pengeluar minyak wangi, Yukha Global Sdn. Bhd. (Yukha Global) menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 50 peratus menjelang hujung 2019 menerusi pengenalan produk baharu, Yukha Air Freshener yang dilancarkan awal bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd. Harizmi Wan Omar berkata, produk baharu bagi kegunaan kende­raan itu tampil dengan 10 jenis bauan dan mengandungi 100 peratus pati haruman bunga-bungaan.

Katanya, 10 bauan itu termasuk After Tobacco, Apple Blossom, Friday Night, Lavender, Honey Dew, Sparkling Lemon, Golden Vanilla, Lemon Lime, Vanilla dan Sakura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyegar udara ini didatangkan dalam bentuk klip serta mampu bertahan antara 30 hingga 45 hari pada harga mampu milik iaitu RM10.

“Ketika ini, syarikat mempunyai 30 stokis serta 1,000 ejen jualan di seluruh negara dan kami menyasarkan penambahan 100 lagi stokis bagi menampung pertumbuhan permintaan pengguna,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Wan Mohd. Harizmi, pihaknya juga dalam perancangan untuk memasarkan produk baharu itu ke Singapura dan Brunei.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Yukha Global ditalian 012-959 1787 atau melayari laman web https://www.yukhaglobal.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini