KUALA LUMPUR 12 Mac – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk biasiswa kepada pelajar bagi tahun ini. Jumlah Biasiswa YBR tersebut adalah hasil daripada keseluruhan pembiayaan pendidikan yayasan sebanyak RM24.88 juta. Pengerusi YBR, Datuk Noripah Kamso berkata, biasiswa tersebut merupakan usaha yayasan untuk melahirkan graduan berinovatif dan kompeten di samping menjadikan pelajar lebih berdaya saing. “Sebanyak 70 peratus daripada dana yang diterima daripada Bank Rakyat adalah untuk…