LONDON 28 Mac – Granit Xhaka memberi tamparan hebat buat Arsenal menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United, Isnin ini apabila mengalami kecederaan paha ketika beraksi buat Switzerland dalam kelayakan Euro 2020. Pemain tengah itu, yang meledak gol ketika Switzerland mengikat Denmark 3-3 semalam dikeluarkan pada minit ke-79 akibat kecederaan yang dialami. Ketika ditanya mengenai keadaan Xhaka, jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic berkata, pemain itu minta dikeluarkan 10 minit sebelum diganti. Switzerland sedang mendahului 3-0 di St. Jakob-Park ketika Xhaka dibawa keluar sebelum membenarkan pasukan pelawat mengejar untuk kedudukan 3-3.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya