GENEVA 5 Mac – Kumpulan pemeliharaan, Dana Sedunia Alam Semula Jadi (WWF) akan menjalankan siasatan bebas terhadap laporan media mendakwa unit anti-pemburuan haram yang disokongnya bertanggungjawab terhadap pembunuhan, penyiksaan dan pencabulan hak-hak serius yang lain.
Mengikut laporan penyiasatan Buzzfeed terhadap amalan anti-pemburuan haram dalam enam negara, dana yang diperuntukan WWF kepada ‘angkatan separa tentera ganas’ yang membunuh dan menyiksa orang di taman negara di Asia serta Afrika.
WWF dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya mengambil dakwaan tersebut secara serius dan akan mengerakkan badan bebas melihat kes yang dibangkitkan dalam laporan itu.
“Kita telah meminta Buzzfeed berkongsi semua bukti yang diperolehi yang menyokong dakwaan mereka agar membantu penyiasatan yang dibuat nanti,” jelas kenyataan itu. – AFP










