Wujud tekanan PKR terhadap Tun M? - Utusan Malaysia

Wujud tekanan PKR terhadap Tun M?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mac- Tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menimbulkan persoalan sama ada wujudnya tekanan daripada PKR terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan berani Nurul Izzah disifatkan sebagai pandangan majoriti rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai beberapa kelemahan.

Selain itu, katanya, tindakan itu memberi gambaran seolah-olah tiada saluran untuk memberi pandangan dan menyatakan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah kenyataan Nurul Izzah menunjukkan rasa tidak puas hati dan tekanan PKR terhadap Dr. Mahathir? Apakah ini bermakna Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahin masih menyokong kepimpinan Dr.Mahathir?

“Tindakan Nurul Izzah yang mungkin dianggap keterlaluan dalam kalangan komponen PH itu juga merupakan tanda jelas bahawa ada parti termasuk DAP tidak berani mengkritik kelemahan kerajaan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah semalam menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara dan mengumumkan untuk mengakhiri karier politik beliau.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini