WOLVERHAMPTON 17 Mac – Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United mempamerkan persembahan terburuk sepanjang dia mengambil alih pasukan itu apabila tumpas 1-2 kepada Wolves dalam aksi suku akhir Piala FA. Bagaimanapun, jurulatih sementara United itu berkata penyingkiran tersebut memberi mereka ruang untuk kembali beraksi dalam perebutan tempat empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selain mempersiapkan pasukan menghadapi Barcelona pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara. Wolves hanya memerlukan enam minit…










