Warga emas dapat ribuan ucapan selamat hari jadi - Utusan Malaysia

Warga emas dapat ribuan ucapan selamat hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRENTON 14 Mac – Seorang warga emas di New Jersey sama sekali tidak akan melupakan hari jadi yang ke-62 pada Sabtu ini selepas anak-anaknya meletakkan nombor telefonnya di papan iklan supaya orang ramai memberikan ucapan.

Portal Oddity Central melaporkan, lelaki itu telah mendapat lebih dari 15,000 panggilan dan mesej daripada orangg ramai di seluruh dunia sejak papan iklan dinaikkan pada 6 Mac lalu,

Anak-anak kepada Chris Ferry sering bergurau ketika mereka pergi ke restoran dengan memberitahu pelayan tentang hari jadinya supaya dapat melihat reaksi tidak selesa lelaki itu apabila mendapat kek.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada tahun ini, mereka membuat sesuatu yang baharu dengan menyewa papan iklan di luar Linwood dan meletakkan nombor telefon ayahnya dan mengajak orang ramai memberi ucapan selamat hari jadi.

Mereka menyangkakan tindakan itu hanya menjadi jenaka tempatan namun menjadi luar kawalan apabila ayahnya mula mendapat panggilan orang asing secara rawak selepas iklan tersebut menjadi tular, -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini