Wanita UMNO, MIC, MCA, PAS, Kimma gesa polis siasat Guan Eng - Utusan Malaysia

Wanita UMNO, MIC, MCA, PAS, Kimma gesa polis siasat Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac- Lima komponen wanita parti pembangkang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sebuah portal berita yang dilihat berbaur hasutan dan berunsur fitnah.

Lima komponen parti pembangkang itu terdiri daripada UMNO; MIC; MCA; PAS dan pertubuhan bukan kerajaan, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya mendapati penggunaan frasa ‘pengisytiharan perang’ terhadap kaum bukan Melayu berkenaan kerjasama UMNO dan Pas itu dilihat boleh menggugat keamanan dan kehormonian kaum di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun perkataan itu telah diubah kepada ‘menyasarkan’ namun tindakan Setiausaha DAP itu jelas menunjukkan beliau seolah-olah sengaja membangkitkan perasaan benci serta permusuhan dalam kalangan kita yang berbilang kaum.

“Beliau sebagai menteri kabinet serta pemimpin parti kerajaan tidak sewajarnya membangkitkan perkara-perkara berkaitan isu perkauman,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Noraini hadir bersama kira-kira 50 penyokong wanita dari pelbagai parti komponen pembangkang di IPD Dang Wangi pada pukul 3.30 petang serta selesai membuat laporan polis sejam kemudian.

Tambah Noraini, pihaknya menggesa Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Kita minta pihak polis dapat mengambil tindakan tegas serta melakukan siasatan terhadap perkara ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini