Wanita UMNO bantu mangsa pencemaran sisa toksik - Utusan Malaysia

Wanita UMNO bantu mangsa pencemaran sisa toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor di sini.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, lawatan itu merupakan tanda keprihatinan Pergerakan Wanita UMNO bersama ahli Parlimen pembangkang lain bagi membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Wanita UMNO juga ingin mengajak semua pihak agar mengambil segala langkah sepatutnya serta menyeru semua pihak supaya sama-sama berdoa agar krisis pencemaran di SUngai Kim Kim, Pasir Gudang yang memudaratkan kesejahteraan penduduk kembali pulih seperti sedia kala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, antara bantuan yang dihulurkan kepada mangsa seperti makanan, minuman dan barangan kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini