Wanita New Zealand berhijab hari ini - Utusan Malaysia

Wanita New Zealand berhijab hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Jumaat lalu, sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan tudung atau hijab hari ini.

Kempen berkenaan digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony atas inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand iaitu Thaya Ashman.

Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian, ‘Scarves in Solidarity’ juga memulakan kempen memakai tudung hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelajar dari Victoria University of Wellington Students’ turut menyokong kempen tersebut dan berkongsi gambar memakai tudung di dalam Instragram mereka.

“As salam alaylum! Hari ini adalah Hari Hijab Nasional @ vikmuslimclub mengajak setiap wanita mengenakan hijab sebagai tanda solidariti untuk komuniti muslim.

“Mereka yang mempunyai tudung, gembira untuk menunjukkan kepada anda cara memakainya,” tulisnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini