Wanita disyaki penagih dadah ditahan - Utusan Malaysia

Wanita disyaki penagih dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 2 Mac – Seorang wanita disyaki penagih dadah ditahan polis dalam satu operasi di sebuah apartment di Vista Perdana, Jalan Bagan Jermal di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, wanita berusia 29 tahun itu ditahan bersama 18 gram dadah disyaki heroin dan 4.7 gram disyaki dadah jenis syabu di kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai RM1,400 dan dipercayai untuk kegunaan wanita berkenaan.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula dari hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×