Wanita dipukul dengan tukul selamat jalani dua pembedahan - Utusan Malaysia

Wanita dipukul dengan tukul selamat jalani dua pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Wanita yang parah dipukul bapa kandungnya menggunakan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau Isnin lalu, selamat menjalani dua pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

Abang mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Hafizi, 30, berkata, adiknya itu telah sedar dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama enam jam bermula pukul 10 pagi. 

“Doktor memaklumkan kesan yang dialami adik adalah biasa bagi mana-mana individu yang mendapat hentakan di kepala dan ia hanya kecederaan fizikal. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas menjalani pembedahan semalam, adik telah sedar namun keadaannya masih lemah. Hari ini keadaannya sudah stabil dan sedang dalam proses penyembuhan,” katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini hari ini. 

Tambah Ahmad Hafizi, adiknya juga banyak menghabiskan masa dengan mengaji al-Quran sepanjang dia dirawat di hospital. 

Katanya, adiknya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan anak perempuan tunggal itu baharu sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan yang mana majlis konvokesyennya dijangka pada Oktober ini. 

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga sehingga ada yang menawarkan pekerjaan kepada adiknya itu.

“Sebelum ini pun adik memang ada terima dua tawaran kerja dan saya mahu dia betul-betul sihat sebelum boleh bekerja. Bagaimanapun saya akan tunggu laporan perubatan terlebih dahulu daripada doktor untuk pastikan dia sihat untuk berkerja,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang bapa bertindak kejam apabila tergamak menghentak kepala anak perempuannya dengan tukul pemecah dinding hanya kerana mangsa dikatakan masih belum mendapat kerja dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini