KUALA LUMPUR 26 Mac – Wang kertas sekeping RM60 tidak akan menggantikan wang kertas RM50 kerana ia hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 60,000 keping sahaja. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, wang kertas RM60 yang tular baru-baru ini adalah seperti diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember 2017 untuk mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sehubungan itu menegaskan…










