Wafa Abdul Kadir meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wafa Abdul Kadir meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelakon filem Azizah The Legend, Wafa Abdul Kadir, 52, meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi tadi di rumahnya di Petaling Jaya.

Portal hiburan dan gaya hidup baharu, Media House Entertainment (MHE) TV melaporkan, Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser ovari sejak 2014 dan sering berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan.

Berita pemergiannya dikongsi bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi menerusi akaun media sosialnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Disebabkan penyakit kanser dihidapinya, Allahyarham terpaksa membuang keseluruhan organ wanitanya termasuk menerima 18 kali rawatan kemoterapi di Institut Kanser Negara, Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini