KUALA LUMPUR 26 Mac – Volvo Trucks Malaysia mencatat pertumbuhan 18 peratus dalam jualan lori berat premium kepada 450 unit bagi tahun kewangan 2018. Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Mitch Peden berkata, syarikat berpuas hati dapat mencapai pertumbuhan dua digit ini, disokong oleh usaha berterusan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan bagi para pelanggannya. “Prestasi kukuh ini sangat mengembirakan ditambah dengan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam segmen kenderaan komersial berat…










