PASIR GUDANG 15 Mac – Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim di sini yang menjadi lokasi pencemaran toksik giat dijalankan pihak berwajib menerusi kontraktor dilantik kerajaan negeri. Tinjauan Utusan Online pada pukul 8.30 pagi di kawasan sungai itu mendapati, seramai lebih 20 pekerja pembersihan dan anggota agensi kerajaan berada di sekitar kawasan pembersihan. Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan…










