PUTRAJAYA 13 Mac – Malaysia dan Korea Selatan sepakat meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara. Komitmen itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam sidang akhbar bersama selepas kedua-dua negara memeterai perjanjian persefahaman bagi memperkukuhkan kerjasama terbabit. Dr. Mahathir berkata, bidang kerjasama itu termasuk pengangkutan, pembangunan bandar pintar di Malaysia, industri halal dan industri berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat (RI 4.0). “Kita berharap keempat-empat memorandum persefahaman (MoU) yang ditandangani hari ini dapat mempertingkatkan perdagangan kedua-dua negara. “Terdapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya