KUALA LUMPUR 27 Mac – Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM345,305 selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan tuntutan saman mereka terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd. Saman berkenaan adalah berhubung pelanggaran kontrak pengedaran dan penjualan eksklusif 20,000 botol minyak wangi jenama Bleu dan Maroon oleh syarikat pembekal tekstil tersebut. Hakim Shamsudin Abdullah membenarkan tuntutan saman berkenaan selepas mendapati D’Haja yang dilantik…










