GOMBAK – Seorang wanita kerugian RM7,000 selepas seutas gelang emasnya disamun dua lelaki bersenjatakan parang dihadapan rumahnya di Taman Sri Gombak di sini semalam. Dalam kejadian pukul 2 petang, mangsa berusia 52 tahun itu dikatakan mahu keluar dari rumah sebelum didatangi dua lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Y15. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, suspek bertindak menarik gelang di tangan kanan mangsa sebelum melarikan diri. “Akibat kejadian…










