SUNGAI BULOH – Wad bersalin Hospital Sungai Buloh kecoh selepas rata-rata pesakit terhidu bau hangit selain kelihatan kepulan asap petang tadi.
Susulan itu, semua pesakit dipindahkan ke tempat selamat kira-kira pukul 6.10 petang tadi.
Difahamkan, asap itu dilihat di sebuah bilik yang digunakan untuk pemeriksaan kardiotikografi (CTG).
Sementara itu, jurucakap pusat operasi Bomba Selangor berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 6.54 petang.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang api, hanya bau hangit.
“Pasukan keselamatan dan kejuteraan hospital berkenaan sedang mencari punca kejadian dan keadaan selamat ketika ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.











