[VIDEO] Rakaman pencuri telefon Samsung tular - Utusan Malaysia

[VIDEO] Rakaman pencuri telefon Samsung tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang pencuri melarikan seunit telefon pintar Samsung A8 Star di sebuah kedai barangan elektrik di Jalan Tahan, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2.48 petang itu, suspek berkenaan melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Demak.

Video kejadian berkenaan berdurasi 15 saat telah tular di media sosial sejak petang tadi namun pencurinya gagal dikesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, lelaki yang berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar warna biru itu pada awalnya melarikan dua unit telefon pintar yang dipamerkan dalam premis terbabit.

Suspek yang menyedari tindakannya dilihat oleh seorang jurujual wanita menyebabkan dia berlari keluar dan dikejar oleh beberapa jurujual lain yang bekerja dalam premis berkenaan.

Salah seorang daripada pekerja lelaki berjaya menendang suspek ketika hendak melarikan diri menggunakan motosikal menyebabkan satu unit telefon pintar jenis Samsung A9 terjatuh sebelum dia meloloskan diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini