[VIDEO] Polis sahkan cinta ditolak punca pelajar cuba bunuh diri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis sahkan cinta ditolak punca pelajar cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Polis mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu di Banting di sini cuba membunuh diri dari tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkannya kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama semalam. 

Katanya, alasan penolakkan cinta oleh pelajar perempuan sebaya dengan itu adalah kerana tidak meminati mangsa dan lebih menyukai pelajar lelaki yang lain. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. 

“Remaja berkenaan juga  sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,”katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi. 

Jelas Azizan, berdasarkan keterangan guru kelasnya mendapati remaja lelaki itu merupakan pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini. 

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ,” katanya. 

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.28 tengah hari itu, pelajar berusia 13 tahun bertindak demikian difahamkan akibat putus cinta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini