KUALA LANGAT 12 Mac – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Banting hari ini cuba membunuh diri dengan cuba terjun dari tingkat dua sekolahnya, sebentar tadi.
Video MEDIA SOSIAL
Bagaimanapun, tindakan pantas guru disiplin sekolah berkenaan memujuk dan memeluk pelajar terbabit di atas bumbung, berjaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pelajar dan guru disiplin tersebut kemudiannya dibawa oleh pasukan penyelamat yang tiba tidak lama kemudian.
Difahamkan pelajar terbabit berbuat demikian disebabkan tekanan.
Maklumat lanjut menyusul. – UTUSAN ONLINE











