[VIDEO] Ketua Polis Daerah Perak Tengah sampaikan khutbah Jumaat - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ketua Polis Daerah Perak Tengah sampaikan khutbah Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 Mac – Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di sini.

Khutbah bertajuk bertajuk ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada: Bersama Mencegah dan Membanteras Jenayah’ itu bersempena peringatan Hari Polis Ke-212 pada tahun ini.

Selepas menunaikan solat Jumaat, pihak masjid turut menganjurkan solat jenazah ghaib buat mangsa yang terkorban dalam tragedi di Christchurch, New Zealand dengan dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Abd Farid Salleh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serentak pada hari ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Aman Palestin juga melancarkan Tabung Bantuan Al-Aqsa bersempena Israk dan Mikraj di seluruh masjid negeri ini.

Kutipan tersebut yang bermula pada hari ini dan Jumaat depan (29 Mac) boleh disalurkan ke Tabung Bantuan Bencana & Kemanusiaan Masjid Negeri Perak di nombor akaun Bank Islam (08013010091983) selewat-lewatnya pada 2 April ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini