[VIDEO] Guan Eng dangkal makna demokrasi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Guan Eng dangkal makna demokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kenyataan biadab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan kerjasama UMNO dan Pas menunjukkan betapa dangkal pemahaman beliau terhadap makna demokrasi.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD 

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menegaskan, sepatutnya ruang demokrasi di negara ini pada pasca-pilihan raya umum disegarkan dengan pelbagai kerjasama politik dan bukannya disempitkan kenyataan membangkitkan kebencian.

“(Kenyataan Guan Eng) menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai menteri dan pemimpin negara, perkara-perkara berkaitan isu perkauman ini tidak wajar dibangkitkan sama sekali oleh Guan Eng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebuah portal semalam memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, Guan Eng selepas itu telah mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.

Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, pihaknya memandang serius kenyataan yang mendakwa kerjasama di antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘isyarat perang’ terhadap orang bukan Islam dan Melayu di negara ini.

Beliau mendesak pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara segera bertindak dengan mendakwa Guan Eng di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya mampu mencetus suasana tegang serta mengundang ketidakharmonian rakyat, agama dan kaum.

ZAHIDA ZARIK KHAN
ZAHIDA ZARIK KHAN 

“Sedangkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagaimana yang ditegaskan oleh kedua-dua kepemimpinan tertinggi parti hanyalah menjurus kepada aspek penyatuan ummah yang tidak sesekali meminggirkan atau meremehkan mana-mana agama mahupun kaum di negara ini,” katanya dalam akaun Facebook miliknya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan tindakan Setiausaha agung DAP itu yang ‘panas’ dengan penyatuan dua parti Melayu, Pas dan UMNO.

“Sama ada pemimpin Pas atau UMNO tiada yang sebut isytihar perang terhadap orang bukan Melayu. Dua parti Islam-Melayu menjalinkan kerjasama, mengapa DAP yang panas?,” katanya dalam laman blog miliknya, semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini