Video anti rasuah disiar di panggung wayang - Utusan Malaysia

Video anti rasuah disiar di panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama strategik untuk menayangkan video pendek anti rasuah di semua 54 panggung wayang milik Lotus Five Star (LFS) Cinema di seluruh negara bermula esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pendekatan yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif pihaknya bagi menyampaikan mesej anti rasuah secara lebih berkesan kepada masyarakat.

“Video anti rasuah berdurasi 42 saat itu akan disiarkan di semua rangkaian panggung wayang milik LFS Cinema di 14 lokasi di seluruh negara sebelum tayangan sesebuah filem.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesej anti rasuah ini dirasakan akan lebih sampai kepada masyakat kerana saya difahamkan rangkaian panggung wayang LFS dikunjungi kira-kira 2.6 juta penonton setiap tahun,” katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wayang, LFS Cinema Kuala Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus LFS Cinema Kuala Terengganu, Mohd. Zulmajdi Razali.

Azam berkata, penyiaran video pendek di dalam panggung wayang tersebut sebagai medium menyebar luas mesej anti rasuah dilakukan selepas kajian mendapati masyarakat masa kini lebih gemar menonton dan mendapatkan maklumat menerusi visual yang ringkas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini