KUALA LUMPUR – Enggan lagi dikaitkan dengan dakwaan berkahwin senyap-senyap, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Linda Nanuwil tampil menegaskan dirinya masih bujang. Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil, 35, berkata, walaupun hampir 15 tahun menyepi daripada industri, tohmahan berkenaan masih kerap ditanya dalam kalangan peminat dan pengikutnya di laman sosial. Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Jika Kau Kekasih itu, dia mahu bersih daripada sebarang kontroversi agar rencana…










