USIM johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa di Qatar - Utusan Malaysia

USIM johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama Malaysia selepas dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Doha, Qatar hari ini.

Pendebat Bahasa Arab USIM dibarisi Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, 22; Adam Fikry Bakru Razi, 23; Siti Hamidah Hashim, 22; dan Suwaibah Mustapha, 20.

Muhammad Muhammad Muzakkir dan Adam Fikry  merupakan penuntut jurusan undang-undang dan syariah, manakala Siti Hamidah dan Suwaibah mengambil jurusan Bahara Arab.
 
Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab, pendebat USIM beraksi cemerlang pada peringkat saringan menewaskan pasukan debat dari beberapa universiti ternama dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan USIM mengesahkan kemaraan ke pentas akhir apabila menewaskan pendebat dari Universiti Meridian Atuluku, Turki pada peringkat separuh akhir sebelum mengalahkan pendebat Universiti Calgary dari Kanada untuk muncul johan. 
 
Pendebat USIM menerima hadiah berupa piala dan sijil penghargaan dari penganjur iaitu Qatar Debate, manakala Muhammad Muzakkir dan Suwaibah masing-masing tersenarai pendebat di ranking pertama dan kedua keseluruhan.

USIM dalam satu kenyataan akhbar berkata, pertandingan itu yang bermula sejak 15 Mac lalu berakhir hari ini dengan lebih 100 buah pasukan debat dari seluruh dunia menyertainya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini