Uptown Kajang diserbu Imigresen - Utusan Malaysia

Uptown Kajang diserbu Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Aktiviti peniaga haram warga asing yang menjadikan Uptown Kajang dekat sini sebagai lubuk rezeki mereka sejak tiga bulan lalu berakhir selepas diserbu Imigresen malam tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 11 malam itu, berjaya menahan 79 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan tersebut berdasarkan aduan orang awam yang rimas dengan kehadiran peniaga warga asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, semasa serbuan dilakukan didapati terdapat sebilangan peniaga lari bertempiaran bagi mengelak ditahan namun gagal berikutan kawasan telah dikepung pihak kami.

“Hasil pemeriksaan terhadap 160 orang warga asing yang bekerja dan berkunjung ke uptown itu membawa kepada penangkapan 79 individu dipercayai PATI.

“Berdasarkan siasatan awal, peniaga warga asing ini telah bekerja di situ sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya meminta pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan yang mengupah atau memberikan tapak perniagaan kepada warga asing.

Mohamad Shukri berkata, dalam operasi membanteras PATI yang tamat pukul 3 pagi itu turut menahan 24 individu termasuk bekerja gadis pelayan pelanggan ( GRO) di sebuah kelab malam di Klang.

“Secara keseluruhan, kita menahan 103 PATI termasuk 44 daripadanya adalah wanita berusia 18 hingga 55 tahun.

“Kesemua PATI yang ditahan melibatkan warga Indonesia seramai 54, Vietnam (24), Bangladesh (21), Pakistan (2) dan seorang India,” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini