LONDON 16 Mac – Pengendali sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan Gareth Bale dan menegaskan bahawa mereka memerlukan pemain berkualiti. Bale berdepan situasi tidak menentu di Real Madrid selepas Zinedine Zidane kembali selaku pengurus pasukan dan dia sebelum ini bergelut untuk berada dalam kesebelasan utama semasa musim pertama legenda Perancis itu bersama pasukan. Zidane diberi kepercayaan untuk membuat perubahan dalam pasukan itu dan berhasrat untuk…










