United bakal kehilangan Herrera? - Utusan Malaysia

United bakal kehilangan Herrera?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Mac – Paris Saint-Germain (PSG) bakal membuat pendekatan yang lebih dramatik bagi mendapatkan pemain tengah Manchester United, Ander Herrera.

Kontrak pemain Sepanyol itu akan tamat pada hujung musim ini bersama United dan dia masih belum bersetuju untuk menandatangani perjanjian baharu.

PSG berkata mereka mengikuti rapat perkembangan Herrera dan merancang untuk mendapatkannya secara percuma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media tempatan Britain, The Sun mendakwa PSG sudah pun mengadakan rundingan bersama Herrera dan dijangka akan mendatangani kontrak perjanjian bernilai 150,000 pound (RM798,000) seminggu.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan watak utama United yang kini dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer namun dia kelihatan sudah bersedia untuk meninggalkan Old Trafford berpndah ke bandar besar Paris.

United ada membuat rundingan bersamanya untuk melanjutkan kontrak namun tawaran yang lebih lumayan daripada PSG membuatkan Herrera tidak senang duduk.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini