GUA MUSANG 30 Mac – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) menghantar pesakit wanita Orang Asli yang mengalami demam panas kritikal ke Hospital Gua Musang, di sini semalam. Alem Aban, 56, yang tinggal di Kampung Jader, Pos Simpor diserang demam panas kritikal sejak empat hari lalu. Selain itu, dia juga mempunyai sakit asma dan batuk hingga sakit terlantar di rumahnya. Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farhan Marzuki berkata, penerbangan menggunakan helikopter Agusta A109 E berlepas dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya