KUALA LUMPUR 27 Mac – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berbincang dengan semua pengamal media untuk mengambil pandangan sama ada perlunya penggubalan undang-undang khusus bagi melindungi wartawan. Menterinya, Gobind Singh Deo menegaskan pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan kekerasan terhadap wartawan kerana golongan berkenaan hanya melaksanakan tugas masing-masing. Jelas beliau, sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu laporan media, semua pihak mempunyai peluang untuk menghubungi dan meminta pihak media memperbetulkannya. “Perkara ini telah dibangkitkan…










