Uji ketangkasan anak-anak di IPC - Utusan Malaysia

Uji ketangkasan anak-anak di IPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cetuskan imaginasi dan semangat pengembaraan anak anda pada cuti persekolahan ini di Kempen Cuti Sekolah Mighty Mighty Squad anjuran pusat beli-belah IPC.

Kempen itu merupakan acara melibatkan litar halangan yang direka bentuk khas untuk memupuk generasi muda yang aktif, berani dan cekal.

Bertemakan Superheroes, kempen itu adalah untuk membangkitkan semangat kejuaraan dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun yang melalui semua halangan di dalam litar sepanjang 20 meter tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Acara yang berlangsung di aras concourse pusat beli-belah yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu bermula dari 22 sehingga 31 Mac ini.

Kempen Cuti Sekolah Mighty Mighty Squad terdiri daripada 11 halangan yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti melompat, merangkak, berlari dan memanjat. Ia bakal menguji ketangkasan dan kekuatan fizikal.

Peserta yang berjaya menempuhi kesemua cabaran dalam litar tersebut akan menerima sijil IPC Mighty Mighty Squad.

Ahli-ahli Små Club IPC boleh mendapatkan pas kemasukan untuk tempoh sehari secara percuma di i-Kaunter pusat beli-belah IPC di aras G manakala bagi yang bukan ahli, mereka boleh membuat pendaftaran secara percuma melalui laman web IPC di www.ipc.com.my/services/sma-club.

Pengurus Pemasaran pusat beli-belah IPC, Eleanor Lo berkata, berpegang kepada cogan kata So Much More, pusat beli-belah yang mesra komuniti ini bukan sahaja berazam menyediakan satu ruang untuk menginspirasikan tabiat yang positif dan sihat, malah juga mengeratkan silaturahim dalam keluarga melalui kempen ini.

Erat hubungan

“Cuti persekolahan merupakan masa terbaik bagi ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat memupuk sifat positif di dalam diri mereka.

“Ini juga satu peluang untuk mengenali anak-anak mereka dengan lebih mendalam. Melalui kempen ini, kami di IPC berhasrat untuk membentuk sebuah platform yang interaktif pada musim sekolah ini. Ini adalah antara usaha kami untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

Bagi menjadikan acara ini lebih menyeronokkan, peserta akan diberi peluang untuk memilih nama bagi maskot-maskot Små Club, yang akan diumumkan di penghujung kempen ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen Cuti Persekolahan Mighty Mighty Squad, boleh berkunjung ke pusat beli-belah IPC atau melayari laman web ww.ipc.com.my/services/sma-club.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini