Uighur berdepan situasi tidak menentu di Turki - Utusan Malaysia

Uighur berdepan situasi tidak menentu di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 27 Mac – Tanpa permit kerja atau penduduk tetap di negara ini dan tidak boleh memperbaharui pasport mereka, Qurbanjan Nourmuhammed serta keluarganya berada dalam situasi tidak menentu.

Qurbanjan, isteri dan lima anaknya berhijrah ke negara ini pada 2015 ekoran berdepan tekanan daripada China yang menghalang amalan Islam dipraktikkan di wilayah Xinjiang.

Lapor Reuters, Qurbanjan ketika ini menganggur kerana menunggu permohonan permit penduduk tetap diluluskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai 15 orang etnik Uighur berkata mereka mengharapkan Turki akan memberi perhatian lebih terhadap janjinya dan memberi permit bagi membolehkan mereka bekerja serta mendapat manfaat perubatan.

Menurut Setiausaha Agung Pusat Nasional Turkestan Timur, Ismail Cengiz, kira-kira 350,000 tinggal di negara ini yang dilihat sebagai kawasan selamat untuk mereka sejak 1960-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini