ISTANBUL 12 Mac – Turki hari ini menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘rasis secara terang-terangan’ selepas mengakui Israel adalah ‘negara untuk Yahudi sehaja’ dan bukan untuk semua rakyatnya.
Jurucakap Presiden Turki iaitu Ibrahim Kalin menerusi Twitternya menulis bahawa beliau secara tegas menyelar kenyataan Netanyahu itu yang bersifat perkauman dan diskriminasi.
“Sebanyak 1.6 juta penduduk Arab dan beragama Islam tinggal di Israel. Adakah Barat akan mengambil tindakan atau terus berdiam diri seperti sebelum ini?,” tulisnya. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











